Simpanan ASB Guna Loan – Berbaloi Ke Sebenarnya?

Simpanan ASB Guna Loan – Berbaloi Ke Sebenarnya?

Aku mula dengar pasal ASB Financing ni masa tengah scroll TikTok. Ramai yang cakap, “Simpan RM150 je, tapi dividen boleh dapat lebih RM1,000 setahun.” Terus aku tertarik. Nampak macam senang sangat nak gandakan duit. Tapi aku tak nak gelojoh. Aku jenis yang suka kaji dulu sebelum tandatangan apa-apa. Jadi aku pun mula tanya orang bank, tengok kira-kira, dan akhirnya… aku ambil juga loan ASB.

Tapi sebelum korang pun terjun sama, meh sini aku cerita betul-betul – berbaloi ke sebenarnya buat ASB guna loan ni?

Apa Masalah Biasa Bila Nak Simpan ASB?

Ramai orang memang tahu pasal ASB ni – platform pelaburan patuh syariah yang bagi pulangan agak stabil. Tapi cabaran utama yang aku nampak:

  • Tak konsisten menyimpan. Nak simpan RM200 sebulan pun susah kalau gaji asyik bocor.
  • Bila ada duit, ada je benda nak beli. Baru je kumpul RM1,000, terus beli phone baru atau pergi travel.
  • Simpanan tak berkembang. Simpan dalam bank biasa, bunga ciput. Setahun pun tak sampai RM20.

Sebab tu bila ada orang cerita pasal ASB Financing, nampak macam penyelamat. Loan bagi kita ‘paksaan simpan’, dan kita dapat guna kuasa gandaan (leverage). Tapi jangan terus teruja dulu. Kena faham struktur dia betul-betul.

eBook Kewangan Budak Muda

eBook Kewangan Budak Muda

Rahsia urus duit dengan bijak, walaupun baru nak mula. Sesuai untuk pelajar, fresh grad & siapa-siapa yang nak upgrade kewangan!

Dapatkan Sekarang

Apa Itu ASB Financing (Loan ASB)?

Secara ringkas, ASB Financing ni macam ni:

  • Bank bagi loan (contoh RM50,000) untuk pelaburan ke dalam akaun ASB.
  • Duit loan tu tak masuk tangan kita. Bank terus simpan dalam akaun ASB kita.
  • Kita akan bayar bulanan (contoh RM280 sebulan) kepada bank.
  • Setiap tahun, ASB akan umumkan dividen (purata 4%–5% setahun).
  • Dividen tu akan masuk dalam akaun ASB kita, dan akan gulungkan pelaburan.

Maksudnya, walaupun kita tak mampu nak simpan RM50,000 sendiri, dengan ASB Financing, kita dapat rasa pulangan atas jumlah yang besar.

Kenapa Ramai Ambil ASB Financing?

Masa aku mula kaji, inilah antara sebab ramai sanggup buat:

  • Nak paksakan diri menyimpan. Sebab bila ada komitmen bulanan, kita lebih serius.
  • Guna duit bank untuk gandakan aset. Macam beli rumah, tapi dalam bentuk pelaburan.
  • Dividen ASB lebih tinggi daripada kadar faedah loan. Jadi, kalau untung bersih setiap tahun RM800–RM1,000, kira ok lah tu.

Selain itu, ada orang gunakan strategi lebih advance – rolling dividen untuk bayar balik hutang, atau guna dividen sebagai tabung kahwin, beli kereta, atau deposit rumah.

Tapi Apa Risiko Dia?

Tak semua manis. Ada juga benda yang kena hati-hati. Pengalaman aku sendiri masa mula-mula:

  • Kenaikkan kadar faedah. Dulu ambil loan masa rate rendah (4.2%). Tapi sekarang, OPR naik. Komitmen bulanan pun makin tinggi.
  • Dividen ASB bukan jaminan. Pernah turun bawah 4%. Bila margin terlalu kecil, boleh jadi rugi kalau dividen lebih rendah dari kadar loan.
  • Kalau tak disiplin, boleh terjerat. Ada orang ambil ASB Financing tapi akhirnya lapse sebab tak mampu bayar bulanan – rugi both time & money.

Jadi, kena tengok komitmen sendiri. Jangan buat sebab orang lain buat. Buat sebab kau faham dan mampu.

Apa Aku Belajar Daripada Pengalaman Sendiri?

Bila aku ambil ASB loan RM30,000, bayaran bulanan aku masa tu RM172 selama 25 tahun. Memang rasa ringan. Tapi aku buat keputusan untuk ‘shorten’ tempoh tu dengan bayar lebih setiap bulan.

Aku target untuk selesaikan dalam 10–12 tahun. Setiap tahun aku biarkan dividen masuk dan biakkan dalam akaun. Bila tengok penyata, memang naik rasa semangat. Dalam 3 tahun pertama, pelaburan aku dah cecah RM36,000 lebih (walaupun aku baru bayar dalam RM6,000+ sahaja). Inilah kuasa compounding dan leverage yang betul.

Setiap tahun aku akan semak:

  • Berapa total pelaburan terkumpul?
  • Berapa dividen aku dapat?
  • Adakah masih untung bersih berbanding bayaran aku?

Aku tak pernah skip bayar, sebab aku anggap ni bayar dekat masa depan aku sendiri. Bila kita letakkan mindset macam tu, kita lebih bertanggungjawab.

Tips Praktikal Kalau Kau Nak Cuba ASB Financing

Kalau kau tengah fikir nak buat, ini nasihat ikhlas aku:

  • ✅ Pastikan komitmen bulanan tu kau mampu bayar sampai habis. Jangan lebih 10% daripada gaji.
  • ✅ Pilih tempoh sederhana. Jangan terus ambil 30 tahun semata-mata sebab nak bayar murah. Ambil 15–20 tahun lebih baik.
  • ✅ Semak kadar keuntungan (interest rate) bank. Ambil yang tetap (fixed) kalau takut OPR naik.
  • ✅ Jangan keluarkan dividen awal-awal. Biarkan dia berkembang. Kalau keluar, rugi momentum.
  • ✅ Tahu bila nak berhenti. Kalau keadaan kewangan berubah, jangan malu untuk restructure atau terminate dengan bijak.

Analogi Ringkas

Bayangkan ASB Financing ni macam kau tanam pokok durian.

Bank sediakan tanah dan anak pokok, tapi kau kena jaga pokok tu setiap bulan (bayar loan). Dalam 5–7 tahun, pokok mula berbuah (dividen makin banyak). Tapi kalau kau malas siram, tinggal macam tu je, pokok tu mati tengah jalan.

Kesimpulannya…

Buat ASB guna loan boleh jadi sangat berbaloi kalau kau faham struktur dia, disiplin bayar dan biarkan dia berkembang. Tapi dia bukan jalan pintas nak kaya. Ini strategi jangka panjang. Kau kena sabar, konsisten, dan bertindak bijak.

Kalau kau jenis susah menyimpan, tapi nak mula bina aset, ASB Financing boleh jadi langkah pertama yang bijak – asal bukan ikut-ikut orang tanpa faham.

Nak belajar lebih banyak strategi simpan, urus gaji, dan pelaburan kecil-kecilan? Dapatkan eBook Kewangan Budak Muda – aku tulis siap dengan kiraan, contoh, dan pelan tindakan untuk orang biasa macam kita.

👉 Klik link ini dan mula ubah hidup kewangan kau hari ini.

Kalau kau rasa artikel ni bermanfaat, simpan & kongsikan dengan kawan-kawan. Mungkin ini permulaan untuk ramai orang celik kewangan.

1 thought on “Simpanan ASB Guna Loan – Berbaloi Ke Sebenarnya?”

  1. Pingback: 5 Tabiat Duit Orang Berjaya Yang Aku Cuba Praktikkan -

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top