Kebaikan Minum Air Masak Lepas Bangun Tidur

Ramai yang mungkin tak tahu, tapi minum air masak sejurus lepas bangun tidur sebenarnya ada banyak kebaikan untuk tubuh kita. Bukan sekadar hilangkan dahaga selepas tidur, tapi ia juga boleh beri kesan positif yang besar untuk kesihatan badan dan minda kita. Selain daripada minum kopi atau teh yang ramai orang buat sebagai kebiasaan pagi, air masak juga tak kurang pentingnya. Jom kita tengok lebih lanjut kebaikan minum air masak lepas bangun tidur :

1. Bantu Hidrasi Tubuh

Malam sebelum tidur, kita biasanya tak minum banyak air, kan? Jadi, bila bangun tidur, badan kita agak kekurangan air sebab sepanjang tidur, tubuh kita kehilangan cecair melalui pernafasan dan juga peluh. Jadi, waktu pagi, penting sangat untuk kita top-up semula cairan dalam badan dengan segelas air masak. Bila tubuh cukup terhidrat, kita rasa lebih segar dan bersemangat untuk memulakan aktiviti hari tu.

2. Meningkatkan Metabolisme

Bila kita bangun tidur, metabolism tubuh kita berada pada tahap yanf rendah sebab badan kita baru saja berehat sepanjang malam. Minum air sejurus selepas bangun tidur boleh bantu ‘kickstart’ metabolisme kita. Ada kajian yang mengatakan minum air sejuk pagi-pagi boleh tingkatkan kadar metabolisme hingga 30% dalam tempoh 30-40 minit pertama selepas bangun tidur. Ini bermakna, tubuh kita lebih efisien membakar kalori, jadi kalau kita nak tubuh kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari, minum air pagi-pagi adalah langkah pertama yang bagus !

3. Melancarkan Sistem Pencernaan

Sistem pencernaan kita agak ‘tertidur’ sepanjang malam, jadi ia perlukan sedikit rangsangan untuk kembali berfungsi dengan baik. Bila kita minum air masak lepas bangun tidur, ia bukan sahaja bantu untuk menghidratkan badan tetapi juga merangsang pergerakan dalam usus. Ini sangat bagus untuk melancarkan pencernaan dan mengelakkan masalah sembelit yang kadang-kadang timbul akibat kekurangan air dalam badan. Jadi, kalau kita nak perut rasa selesa sepanjang hari, jangan lupa minum air sebaik sahaja bangun pagi !

4. Bantu Buang Toksin dari Badan

Setiap malam ketika kita tidur, tubuh kita akan menghasilkan toksin hasil daripada proses metabolisme. Toksin-toksin ni perlukan ‘penyingkiran’ supaya badan kita kekal sihat. Salah satu cara terbaik untuk membantu proses detoksifikasi semula badan adalah dengan minum air masak pagi-pagi. Air akan bantu untuk membuang toksin-toksin yang terkumpul dalan tubuh semalaman melalui sistem perkumuhan kita. Jadi, dengan memulakan hari dengan segelas air, kita juga memberi ruang pada tubuh untuk ‘reset’ dan segarkan semula sistem dalaman kita.

5. Kulit Lebih Sihat dan Berseri

Tak ramai yang tahu, tetapi pengambilan air yang cukup boleh memberi impak yang besar untuk kesihatan kulit kita. Kulit yang kering dan kusam biasanya tanda tubuh kita kekurangan air. Bila kita minum air masak sejurus lepas bangun tidur, kulit kita akan lebih lembap dan cerah. Air juga membantu membawa nutrisi ke sel kulit dan membuang sisa toksin, jadi kulit kita akan nampak lebih sihat dan berseri. Kalau nak kulit cantik dan glowing, tak cukup dengan skincare je, air pun penting!

6. Meningkatkan Tenaga dan Fokus

Pernah rasa penat dan mengantuk sebaik sahaja bangun tidur? Salah satu sebabnya mungkin badan kita kekurangan air. Dehidrasi ringan boleh menyebabkan kita rasa lesu, mengantuk dan susah nak fokus. Bila kita minum air pagi-pagi, tubuh akan lebih bertenaga dan otak pun akan jadi lebih alert. Kita juga akan rasa lebih mudah untuk fokus dan buat kerja tanpa rasa mengantuk. Jadi, kalau nak mulakan hari dengan semangat dan bertenagam, segelas air masak pagi-pagi memang pilihan yang tepat !

7. Mengurangkan Risiko Penyakit

Selain membantu tubuh kekal terhidrat dan bertenaga, minum air sejurus selepas bangun tidur juga memberi manfaat besar untuk mencegah penyakit. Air membantu menjaga fungsi ginjal dan buah pinggang, yang penting untuk menapis bahan buangan dalam darah kita. Dengan cukup hidrasi, risiko untuk mengalami masalah seperti batu karang, jangkitan saluran kencing, dan masalah buah pinggang dapat dikurangkan. Selain itu, ia juga bantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung kerana air membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.

8. Membantu Menurunkan Berat Badan

Bagi yang sedang berusaha menurunkan berat badan, minum air masak lepas bangun tidur juga boleh membantu. Air boleh bantu mengurangkan rasa lapar, jadi kita tak akan makan berlebihan pada waktu pagi. Selain tu, minum air sebelum sarapan juga bantu tubuh untuk ‘bersedia’ memproses makanan yang masuk, dan mempercepatkan pembakaran lemak. Kalau nak program penurunan berat badan berjalan lancar, jangan lupa mulakan hari dengan minum air.

Kesimpulan

Walaupun nampak simple, kebaikan minum air masak sejurus lepas bangun tidur ni memang banyak. Ia bukan hanya bantu tubuh kekal terhidrasi, tapi juga beri tenaga, bantu pencernaan dan menjadikan kita lebih fokus dan sihat sepanjang hari. Jadi, pastikan setiap pagi kita amalkan rutin ni. Tak payah tunggu lama, lepas bangun je, terus minum air dan rasakan perubahan yang positif pada badan!

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan supaya mereka mengetahui kebaikan minum air masak lepas bangun dari tidur !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top