Growth Mindset dan Fixed Mindset

Apakah itu Growth Mindset dan Fixed Mindset?

Ini adalah dua konsep yang diperkenalkan oleh ahli psikologi, Carol Dweck yang menerangkan bagaimana sikap seseorang terhadap kemampuan dan kecerdasan mereka boleh mempengaruhi cara mereka menghadapi cabaran dan mengatasi kegagalan. Jom baca perkongsian saya berkaitan Growth dan Fixed Mindset ini !

Growth Mindset (Mindset Berkembang)

Growth mindset ni macam gaya fikiran yang percaya kita boleh belajar dan berkembang kalau kita usaha dan terus mencuba. Kalau kita tak pandai atau gagal dalam sesuatu, kita tak anggap tu sebagai penamat, sebaliknya kita fikir “Okay, ni peluang untuk aku belajar lebih banyak dan cuba lagi.”

Contohnya : Kalau dalam peperiksaan kita dapat markah rendah, orang dengan growth mindset mungkin akan fikir “Takpe, aku boleh usaha lagi, belajar lebih banyak dan improve!” Mereka tak takut ambil cabaran sebab mereka yakin usaha mereka akan membuahkan hasil.

Fixed Mindset (Mindset Tetap)

Berbeza dengan Fixed Mindset ini. Orang yang ada mindset ni percaya yang mereka dah ditakdirkan untuk jadi pandai atau berbakat dalam sesuatu. Kalau mereka gagal, mereka akan fikir “Aku memang tak pandai, memang takde harapan.” Jadi, mereka cenderung untuk mengelak daripada cabaran sebab mereka takut gagal atau malu.

Contohnya : Kalau dapat markah rendah dalam ujian, orang yang ada fixed mindset mungkin akan kata ” Aku memang tak pandai dalam subjek ini, lebih baik aku fokus pada benda lain yang aku boleh buat.” Mereka takut nak berusaha lebih sebab takut kalau gagal, itu bermakna mereka memang tak ada bakat langsung.

Apa Beza Kedua-dua Mindset Ni?

  • Growth Mindset = Usaha + Belajar. Tak kisah gagal, janji kita belajar dan cuba lagi.
  • Fixed Mindset = Takut Gagal. Kalau gagal, kita anggap itu tanda kita memang tak boleh buat benda tu.

Kenapa Mindset Ni Penting?

Kalau kita ada growth mindset, kita lebih mudah untuk bangkit balik kalau kita jatuh. Kita akan cuba lagi dan lagi sampai berjaya. Tapi kalau kita ada fixed mindset, kita mungkin cepat give up, tak nak mencabar diri dan takde keyakinan untuk berkembang.

Jadi, kalau kita rasa macam minda kita lebih ke arah fixed mindset, takpe ! Kita boleh ubah. Semua orang boleh belajar dan berkembang, asalkan kita terus usaha dan jangan takut gagal !

Bagaimana Mengubah Mindset?

Berita baiknya, mindset boleh diubah ! Tidak kira jika anda cenderung ke arah fixed mindset atau growth mindset, perubahan itu mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa cara untuk mengubah mindset kita menjadi lebih growth :

  1. Berfokus pada usaha, bukan hasil : Apabila kita lebih menekankan usaha dan proses,bukan hanya hasil akhir, kita mungkin menghargai perkembangan diri dan kemajuan kita, bukannya hanya pencapaian.
  2. Lihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar : Apabila kita gagal, anggap ia sebagai kesempatan untuk menilai kembali apa yang boleh diperbaiki dan jangan biarkan kegagalan mendefinisikan kita.
  3. Terima cabaran : Beranikan diri untuk mencabar diri dan keluar dari zon selesa. Ini akan memperluaskan pengalaman dan membina keyakinan diri.
  4. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain : Fokus pada perjalanan dan kemajuan diri sendiri. Setiap orang mempunyai kadar perkembangan yang berbeza.
Kesimpulan

Growth Mindset dan fixed mindset adalah dua cara berbeza dalam melihat dunia dan diri sendiri. Dengan mempunyai growth mindset, kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran, belajar daripada kesilapan dan akhirnya mencapai kejayaan. Sebaliknya, fixed mindset boleh membataskan pontensi kita kerana kita takut gagal dan tidak terbuka untuk belajar.

Jika kita ingin berkembang dalam hidup, growth mindset adalah kunci untuk mencapai pontensi penuh kita. Ingatlah, kejayaan bukan datang dalam semalamm, tetapi melalui usaha dan ketekunan yang berterusan. Jadi, mari ubah cara kita berfikir, berusaha dengan lebih keras dan menikmati perjalanan untuk menjadi versi terbaik diri kita!

Jangan lupa share pada kawan-kawan untuk mereka juga mendapat maklumat berkaitan topik yang saya kongsikan ini. Semoga kita semua ada Growth Mindset untuk terus maju kedepan.

Baca juga artikel ini klik sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top