
Tahu tak konsisten dalam bisnes ni adalah kunci utama untuk kejayaan sesuatu bisnes tu. Kena sentiasa ada momentum dan kena terus berusaha walaupun banyak cabaran yang datang yang akan membantu bisnes anda berkembang dengan stabil. Kalau nak konsisten dalam berbisnes, ada beberapa perkara yang boleh buatkan bisnes kita terus jalan lancar dan tak mudah putus semangat. Berikut saya kongsi beberapa cara nak konsisten berbisnes untuk korang gunakan dalam bisnes seharian.
1. Set Matlamat yang Jelas
- Pertama sekali yang paling penting adalah jangan main teka-teka. Tetapkan matlamat yang jelas apa yang kita nak capai, sama ada untuk jangka pendek atau panjang. Boleh mulakan dengan target kecil dulu, macam nak dapatkan beberapa pelanggan tetap atau capai jualan bulan ni. Lepas tu baru fokus pada matlamat besar.
- Contoh: Misalnya, kalau awak baru mulakan bisnes jual baju online, matlamat jangka pendek mungkin nak capai 100 pelanggan dalam 3 bulan pertama. Matlamat jangka panjang pula boleh jadi nak buka butik sendiri dalam 2 tahun. Dengan ada matlamat ni, awak boleh fokus nak buat apa untuk capai semua tu. Kan?
2. Buat Rancangan Tapi Jangan Terlalu Kaku
- Ada plan tu bagus, tapi jangan sampai kita terikat sangat dengan plan tu. Pastikan kita tahu arah mana nak pergi, tapi jangan takut ubah kalau keadaan berubah. Penting sebenarnya untuk tahu apa langkah yang nak ambil.
- Contoh: Katakan awak nak mulakan bisnes kek. Rancang dulu jenis kek apa yang nak jual, macam mana nak pasarkan, dan harga. Tapi, kalau tetiba ada permintaan tinggi untuk kek vegan atau kek tanpa gluten, jangan takut untuk adjust plan dan cuba produk baru ikut permintaan.
3. Fokus pada Kualiti dan Pelanggan
- Pelanggan ni datang sebab dorang rasa produk kita berkualiti atau perkhidmatan kita ni bagus. Jadi, jangan pandang ringan bab ni. Kalau pelanggan puas hati, mereka akan datang balik, kadang tu dorang boleh recommend pada orang lain. Service yang tip-top adalah kunci utama ya !!
- Contoh: Jika awak jual makanan ringan, pastikan produk sentiasa fresh dan sedap. Kalau pelanggan datang balik sebab rasa produk tu memang terbaik, dia akan cerita kat kawan-kawan dia. Ini cara terbaik untuk dapatkan pelanggan tetap dan “word of mouth” yang percuma! Senang kan?
4. Disiplin dan Jangan Malas
- Bila berbisnes ni kan, kita kena jaga masa kita sendiri. Kadang rasa malas nak buat sesuatu kerja tu , tapi kita kena disiplin. Kalau kita dah janji nak siapkan sesuatu, pastikan kita buat on time. Kalau kerja tak siap, bisnes pun asyik tertangguh je.
- Contoh: Kalau awak ada bisnes dropshipping, mungkin tak ada orang yang tengok kerja awak. Tapi, kalau setiap hari awak buat sedikit marketing, update website, atau reply pelanggan, bisnes awak mesti mudah nak berkembang. Kalau malas atau tertangguh, sales mungkin jadi slow. Buang je perasaan malas tu dalam diri !
5. Sentiasa Belajar dan Upgrade Diri
- Dalan dunia bisnes ni tak pernah tetap, mesti ada saja benda baru. Jadi, jangan berhenti belajar. Ikut perkembangan terkini dalam industri, ikut trend, belajar teknik baru. Kalau kita asyik ikut cara lama, kita akan ketinggalan dari semua orang.
- Contoh: Kalau bisnes awak buat servis fotografi, mungkin awak dah expert ambil gambar perkahwinan. Tapi, kalau awak belajar editing video atau gambar dengan software baru, awak boleh tarik lebih ramai pelanggan yang nak servis tambahan tu. Jadi, ilmu baru boleh buka peluang bisnes lebih luas tau.
6. Jaga Duit Bisnes
- Duit dalam bisnes ni kena pandai urus. Jangan sampai poket bocor sebab tak pantau aliran tunai keluar masuk. Kalau boleh, simpan sikit untuk masa depan atau kecemasan. Buat bajet bulanan supaya kita tak terlebih belanja.
- Contoh: Katakan awak buka kedai runcit kecil la kan. Kalau awak beli stok terlalu banyak dan banyak yang tak terjual, duit bisnes akan tersekat. Jadi, pastikan stok yang dibeli ikut keperluan dan buat perancangan kewangan supaya bisnes tetap berjalan walaupun ada bulan yang slow. Kena pandai planning !
7. Bina Jaringan dan Kawan Bisnes
- Bisnes bukan pasal kita seorang je. Kalau boleh, selalu keluar jumpa orang, bina hubungan, join event atau komuniti bisnes. Mana tahu ada peluang baru atau kawan yang boleh bantu kita berkembang. Kadang-kadang, perkenalan tu boleh buka banyak pintu.
- Contoh: Awak buka bisnes design grafik. Kalau awak selalu pergi event komuniti kreatif atau webinar, awak boleh jumpa potential client atau kawan-kawan lain dalam bidang yang sama. Siapa tahu, ada peluang kerjasama atau projek besar yang datang dari sana.
8. Jangan Lupa Pemasaran
- Benda paling penting adalah jangan lupa promosikan bisnes kita. Kalau kita tak buat marketing, siapa nak tahu pasal produk kita kan? Konsisten update kat media sosial, buat iklan, atau email marketing. Pemasaran yang berterusan akan pastikan bisnes kita sentiasa nampak dan ramai orang kenal.
- Contoh: Kalau awak jual produk kecantikan, gunakan media sosial seperti Instagram untuk post gambar-gambar produk, review pelanggan, atau video tutorial guna produk awak. Buat promosi atau giveaway untuk tarik lebih ramai followers. Konsisten dalam marketing buat bisnes jadi lebih dikenali.
9. Jaga Diri, Jangan Terlalu Stress
- Bisnes memang memerlukan banyak tenaga, tapi jangan sampai diri kita letih tak terkawal. Jaga kesihatan, ambil masa untuk rehat, dan jangan lupa keluarga atau hobi. Kalau kita penat atau stress, bisnes pun takkan berkembang dengan baik.
- Contoh: Awak baru buka kedai kopi, dan setiap hari sibuk dengan pelanggan. Tapi, pastikan awak juga ambil masa rehat, keluar jalan-jalan atau bersenam. Kalau awak terus stress dan letih, produktiviti kerja pun boleh jatuh, dan servis pelanggan pun terjejas.
10. Sentiasa Check Progress
- Cara nak konsisten berbisnes yang terakhir adalah setiap bulan tu, check macam mana bisnes kita berjalan. Ada yang ok, ada yang perlu diperbaiki? Jangan tunggu sampai rosak baru nak buat apa-apa. Pantau terus supaya kita sentiasa boleh adjust dan improve.
- Contoh: Bila awak buka bisnes online, sentiasa semak data dari platform seperti Facebook Insights atau Google Analytics. Tengok berapa ramai yang melawat laman web, dari mana mereka datang, dan apa yang mereka beli. Kalau ada produk yang laku keras, fokuskan lebih banyak pemasaran pada produk tu. Kalau ada produk yang kurang sambutan, fikirkan strategi baru.
Kesimpulannya, nak konsisten dalam bisnes ni kita kena sentiasa disiplin, biasakan dengan perubahan, dan fokus pada apa yang penting. Jangan lupa jaga diri dan sentiasa belajar supaya bisnes terus berkembang dan tak berhenti separuh jalan. So sekarang dah tahu kan cara nak konsisten berbisnes? Apa tunggu lagi, jom mulakan sekarang !
Pingback: 5 Kisah Inspirasi Pengusaha Muda yang Berjaya dalam Usia Muda -