Bila Bertangguh Jadi Tabiat Senyap Yang Merugikan
Pernah tak kau rasa macam banyak benda kau nak buat — tapi semuanya tersangkut? Nak mula bisnes, nak menulis, nak kumpul duit, nak siapkan tugas — semua masuk dalam “nanti dulu”. Aku pun pernah lalui fasa tu.
Dulu, aku ingat bertangguh tu hal kecil. “Relax lah, nanti boleh buat.” Tapi lama-kelamaan, aku perasan hidup aku tak ke mana. Impian kekal impian. Target tak capai. Idea banyak, tapi semua terperap dalam kepala. Bertangguh ni nampak macam malas, tapi sebenarnya lebih halus — dia mencuri masa dan momentum tanpa kita sedar.
Kenapa Bertangguh Boleh Jadi Musuh Dalam Diam?
Bertangguh bukan sekadar ganggu produktiviti. Dia juga boleh efek kewangan kita secara langsung. Contohnya?
- Kita tahu kena simpan duit, tapi asyik tangguh nak buka akaun.
- Nak mula belajar pasal pelaburan, tapi “nanti lah” sebab rasa susah.
- Dah plan nak jual barang online, tapi asyik tak mula sebab risau tak jadi.
Hasilnya? Duit tetap bocor. Peluang tetap berlalu. Diri tetap statik.
Masalahnya bukan sebab kita tak tahu apa nak buat. Tapi sebab kita tak mula. Dan bila tak mula, kewangan kita pun terumbang-ambing tanpa arah.
📘 eBook Premium: Kewangan Budak Muda
Duit gaji asyik habis? Tak tahu nak mula simpan atau labur? eBook ini padat dengan strategi realistik untuk anak muda kawal kewangan dan capai kebebasan kewangan lebih awal. Sesuai untuk pelajar, fresh grad & mereka yang baru mula kerja.
Harga: RM29 Sahaja!
🛒 Beli Sekarang*Bayaran selamat. Terus dapat akses eBook selepas pembelian.
Pengalaman Aku: Bila Rasa Tangguh Jadi Musuh Sendiri
Aku dulu jenis yang selalu tulis goal besar. Nak simpan RM10,000. Nak ada side income RM2,000 sebulan. Tapi bila tiba masa nak buat — aku stuck. Padahal aku dah tahu apa nak buat. Dah baca buku, dah tengok video. Tapi aku tangguh. Tunggu mood, tunggu rasa bersedia, tunggu konon masa sesuai.
Tapi satu hari, aku sedar: aku bukan malas. Aku cuma overwhelmed dan takut gagal. Bila sedar benda tu, aku mula ubah cara aku bertindak. Perlahan-lahan, aku cari cara paling kecil untuk mula. Aku tak ubah semua serentak — tapi aku ubah satu tindakan setiap hari.
Apa Yang Aku Buat Untuk Lawan Rasa Bertangguh?
Lepas aku faham punca sebenar, aku mula amalkan beberapa teknik. Ini antara yang paling berkesan untuk aku:
1. Mula Dengan Benda Paling Kecil
Jangan tunggu semangat. Jangan tunggu ada masa lapang. Aku mula dengan apa yang paling ringan — contohnya:
- Nak buat bajet? Aku mula dengan buka nota dalam telefon.
- Nak menulis blog? Aku mula dengan taip tajuk dulu.
- Nak simpan duit? Aku mula dengan RM1 sehari.
Kunci dia: jangan fikir panjang, terus mula. Bila kita mula, momentum akan datang sendiri.
2. Guna Teknik “5 Minit Je Dulu”
Teknik ni sangat berkesan bila aku rasa berat gila nak mula. Aku akan cakap pada diri:
“Tak payah buat semua. Buat 5 minit je dulu.”
Contohnya, kalau aku nak bersihkan bilik atau kemas fail kewangan, aku set timer 5 minit. Selalunya, bila dah mula — aku sambung lebih lama tanpa sedar. Trick ni bantu otak rasa “tak berat sangat.”
3. Buat To-Do List Yang Realistik
Dulu aku tulis senarai kerja sampai 10-15 benda sehari. Lepas tu, satu pun tak buat. Sekarang, aku hanya tulis 3 tugas utama je sehari. Bila nampak pendek, aku lebih semangat nak selesaikan.
Dan setiap kali aku selesai satu, aku akan tick — rasa puas tu lain macam. Rasa macam: “Yes, aku berjaya gerakkan hidup aku hari ni.”
4. Sentiasa Tulis Idea & Ingat Sebab
Kadang-kadang kita tangguh sebab kita tak nampak why. Jadi aku selalu tanya diri:
- “Kalau aku tak buat ni sekarang, apa aku rugi?”
- “Kalau aku buat sekarang, apa yang aku dapat nanti?”
Dan setiap kali aku dapat idea (tentang duit, content, bisnes), aku akan tulis terus dalam nota. Tak tunggu. Tak simpan dalam kepala. Bila aku tengok balik nota tu, aku jadi lebih jelas dan termotivasi.
5. Jaga Tenaga, Bukan Sekadar Masa
Rasa malas dan tangguh kadang bukan sebab kita takde masa. Tapi sebab mental dan fizikal kita penat. Jadi aku mula:
- Tidur cukup dan ikut waktu tetap
- Kurangkan scroll media sosial tanpa hala tuju
- Makan makanan lebih sihat
- Luangkan masa untuk rehat yang betul (bukan sekadar baring sambil main phone)
Bila tenaga aku stabil, aku lebih mudah bertindak tanpa fikir panjang.
Macam Mana Nak Mula? Sikit Pun Tak Apa
Kau tak perlu ubah hidup sekaligus. Tak perlu tiba-tiba jadi produktif 24 jam. Cukup mula dengan satu benda kecil hari ni:
- Tulis 3 benda yang kau nak buat esok
- Simpan RM1 dalam tabung
- Buka laptop dan taip satu perenggan idea kau
Yang penting: kau mula.
Artikel Menarik Lain:
Baca: Cara Aku Menaikkan Kualiti HidupKesimpulannya: Jangan Tunggu, Buat Dulu
Rasa bertangguh tu akan tetap datang. Tapi kalau kita tahu macam mana nak kawal, dia takkan menang. Kau tak perlukan motivasi besar untuk ubah hidup — kau cuma perlu tindakan kecil, konsisten, dan jelas tujuan.
Kalau kau rasa artikel ni bagi manfaat, simpan dan kongsi dengan kawan. Kadang-kadang kita tak sedar orang sekeliling kita pun tengah struggle benda yang sama.
📘 Nak ubah kewangan hidup dari bawah?
Mula dengan baca eBook Kewangan Budak Muda — penuh dengan panduan, contoh realistik dan cara urus duit walaupun gaji kecil.
Pingback: 5 Kesilapan Duit Paling Biasa Orang Muda Buat -
Pingback: Cara Kekal Motivasi Dalam Hidup -