Pengalaman Saya Jana RM1,000 Pertama dengan Affiliate Marketing

Bila sebut pasal affiliate marketing, mesti ramai yang anggap susah, kan? Saya pun dulu fikir benda ni hanya untuk orang yang hebat buat duit online. Tapi lepas cuba sendiri, rupa-rupanya taklah sesusah yang saya sangka. Jadi, hari ni saya nak kongsi pengalaman macam mana saya berjaya jana RM1000 pertama dengan affiliate marketing. Harap-harap cerita ni boleh bagi inspirasi kat korang yang baru nak bermula.

Bermula dengan Langkah Kecil

Saya start dengan benda paling asas – belajar apa itu affiliate marketing. Masa tu, saya banyak baca artikel online, tengok video Youtube dan explore platform macam Shopee Affiliate dan InvolveAsia. Tak tahu mana nak mula? Saya pun macam tu dulu. Tapi saya ambil keputusan untuk fokus pada satu platform je dulu, iaitu Shopee Affiliate. Kenapa Shopee? Sebab saya tahu ramai orang suka shopping kat situ, termasuk saya sendiri !

Pilih Produk yang Dekat di Hati

Satu benda saya belajar awal-awal, jangan promote produk yang kita sendiri tak faham. Jadi, saya pilih produk yang saya dah pernah guna dan tahu kualitinya. Contohnya, saya promote barang-barang dekorasi rumah yang simple macam fairy light, rak dinding dan cadar yang comel-comel. Saya tahu ramai suka benda-benda ni sebab saya pun jenis suka hias bilik. Bila kita promote produk yang kita suka, nak buat content pun jadi lebih mudah dan semangat.

Gunakan Media Sosial sebagai “Senjata”

Step seterusnya, saya mula kongsi link affiliate saya di media sosial. Saya guna Instagram dan Tiktok sebab itu platform yang saya paling aktif. Untuk Instagram, saya post gambar sebelum dan selepas saya hias bilik dengan produk yang saya beli. Untuk tiktok pula, saya buat video pendek tunjuk unboxing produk dan cara saya gunakan. Korang tahu tak, video Tiktok saya pernah viral dan dapat lebih 20,000 views? Dari situ, klik pada link affiliate saya pun makin banyak.

Konsisten Buat Content

Kunci utama? Konsisten. Saya tak tunggu satu post viral baru nak buat content lain. Setiap minggu, saya pastikan ada sekurang-kurangnya 2-3 post baru. Kadang-kadang, saya buat review jujur tentang produk. Kadang-kadang pula, saya kongsi tips dekorasi bajet. Yang penting, audience rasa sata tak pushy dan content saya memang membantu mereka.

Momen Manis RM1,000 Pertama

Saya masih ingat hari pertama dapat email dari Shopee Affiliate – “Anda telah menerima komisen!” Masa tu komisen baru RM5, tapi perasaan dia memang luar biasa. Lepas sebulan konsisten promote, saya akhirnya capai komisen terkumpul RM1,000! Serius, rasa puas hati tu tak boleh digambarkan. Tambah best, duit tu saya guna untuk beli sesuatu yang saya nak lama dah – sebuah meja kerja yang cantik untuk setup workstation saya.

Apa Saya Belajar?

  1. Fokus dan konsisten : Jangan harap hasil sekelip mata. Slow dan steady wins the race.
  2. Pilih produk yang relevan : Pastikan ia ada kaitan dengan minat atau gaya hidup audience.
  3. Engage dengan audience : Balas komen, jawab soalan dan bina hubungan baik. Orang lebih percaya bila kita authentic.

Baca juga artikel : 7 Sebab Mengapa Anda Harus Mulakan Laman Web Tahun Ini

Itulah cerita saya. Kalau korang baru nak mula dengan affiliate marketing, nasihat saya cuma satu: berani cuba ! Jangan takut gagal, sebab setiap langkah kecil tu akan bawa korang lebih dekat ke matlamat. Selamat berjaya, dan siapa tahu, mungkin korang pula akan share cerita jana RM1000 pertama nanti?

1 thought on “Pengalaman Saya Jana RM1,000 Pertama dengan Affiliate Marketing”

  1. Pingback: Bangunkan Business Mindset: Kunci Kejayan Usahawan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top