
Buku bukan sahaja membuka wawasan, tetapi juga boleh menjadi alat yang membantu kita mengubah cara berfikir, mengembangkan diri dan mencapai matlamat hidup. Jika anda sedang mencari bacaan yang boleh memberi impak positif dalam hidup, jom lihat tiga buku yang wajib ada di rak buku kamu. Mari kita mulakan !
1. The Psychology of Money – Morgan Housel
Buku ini bukan hanya untuk anda yang ingin menjadi jutawan atau belajar tentang pelaburan. The Psychology of Money lebih daripada sekadar buku kewangan. Morgan Housel mengajar kita bagaimana cara berfikir tentang wang dengan lebih bijak. Bukan hanya tentang “bagaimana cara menguruskan wang”, tetapi juga mindset yang tepat dalam menghadapi kekayaan, kejayaan dan kegagalan.
Housel banyak berkongsi tentang bagaimana manusia sering kali tidak rasional apabila berhadapan dengan wang, bahkan dalam membuat keputusan besar dalam hidup. Dalam buku ini, kita diajak untuk berfikir secara panjang dan bijak tentang tabiat kewangan – dari cara melabur hingga cara mengurus perbelanjaan. Jika anda mahu hidup lebih tenang tanpa tekanan tentang wang, buku ini boleh menjadi teman yang sempurna !
Dapatkan buku ini The Psychology of Money di sini !
2. How to Talk to Anyone – Leil Lowndes
Nak jadi orang yang lebih yakin diri bila bercakap dengan orang baru? Atau mungkin ingin meningkatkan kemahiran sosial anda? Buku ini adalah jawapannya. How to Talk to Anyone karya Leil Lowndes mengungkap pelbagai helah dan teknik komunikasi yang boleh membuat kamu lebih mudah bergaul dan disukai orang lain.
Buku ini bukan sahaja tentang cara bercakap dengan lancar, tetapi lebih kepada art of connection. Lowndes berkongsi tips-tips praktikal, seperti cara memulakan perbualan tanpa rasa canggung, bagaimana memikat perhatian orang dalam 5 saat pertama dan juga bagaimana untuk mengekalkan perbualan agar tetap menarik. Tak perlu jadi pakar pidato atau bercakap di hadapan orang ramai, cukup jadi diri sendiri dengan tips mudah ini, kamu pasti lebih menarik di mata orang lain
Dapatkan buku ini How to Talk to Anyone di sini !
3. Atomic Habits – James Clear
Pernahkah anda rasa sudah berusaha keras, tetapi tabiat buruk tetap datang lagi? Atau anda mahu sangat berubah, tetapi sukar untuk tahu dimana hendak mula? Jangan risau, Atomic Habits karya James Clear boleh menjadi buku yang akan mengubah hidup anda ! Buku ini mengajar kita bagaimana untuk membina tabiat baik yang kecil tetapi konsisten yang lama-kelamaan akan memberi hasil yang besar dalam hidup.
James Clear memperkenalkan konsep “atomic habits” atau tabiat atom, iaitu tabiat kecil yang boleh berkembang menjadi sesuatu yang besar jika dilakukan secara konsisten. Dengan cara yang mudah difahami, Clear memberikan strategi praktikal untuk membina tabiat yang menyokong matlamat jangka panjang. Dari yang sukar bangun pagi, lama-kelamaan boleh menjadi tabiat yang menyenangkan. Jadi, jika anda nak perubahan besar dalam hidup, mulakan dengan tabiat kecil yang betul !
Dapatkan buku ini Atomic Habits di sini !
Kenapa Ketiga Buku Ini Wajib Ada di Rak Buku Anda?
Jadi, kenapa buku-buku ini wajib anda baca ? Sebab mereka boleh memberi perspektif baru dalam hidup, dari cara berfikir yang lebih bijak tentang wang, meningkatkan kemahiran sosial, hingga membantu anda membina tabiat yang menyokong matlamat hidup. Buku-buku ini bukan sahaja mengajar teori tetapi juga memberi tips praktikal yang boleh terus anda amalkan dalam kehidupan seharian.
Tak perlu jadi pakar untuk belajar daripada ketiga-tiga buku ini. Apa yang anda perlukan hanyalah kemahuan untuk berubah dan sedikit masa untuk membaca. Jadi, apa lagi yang anda tunggu ?
Masa untuk membaca buku dan ubah hidup !
Baca juga artikel ini klik sini