Siapa sangka, dunia pemasaran berubah dengan begitu pantas, kan? Kalau dulu, kita hanya tahu pasal iklan TV, radio dan banner besar dekat jalan raya. Tapi sekarang, teknologi dan kreativiti membawa pemasaran ke level yang lebih gempak ! Jadi, kalau anda nak terus relevan dalam dunia perniagaan 2024 ni, jangan lepaskan peluang untuk cuba 10 teknik pemasaran yang akan mengubah cara anda berinteraksi dengan pelanggan. Dengan mempelajari teknik pemasaran ni, anda dapat mempelajari teknik-teknik yang sesuai untuk perniagaan anda.
1. Video Pendek : Pemasaran Dengan Kejutan Dalam 60 Saat
Pernah tak tengok Tiktok, Instagram Reels atau Youtube Shorts dan rasa terhibur dalam beberapa saat je ? Inilah yang kita panggil pemasaran video pendek ni sekarang adalah cara paling berkesan untuk menangkap perhatian pelanggan dalam dunia yang serba pantas ni? Anda hanya ada beberapa saat untuk buatkan orang tertarik, jadi pastikan video anda ringkas, kreatif dan penuh dengan kejutan !
Contoh? Cuba buat video tentang produk yang anda jual, tunjukkan kelebihan dalam gaya yang fun, dan jangan lupa buatkan orang ketawa atau terkejut. Cara ni lebih dekat dengan audiens dan mereka akan lebih mudah ingat jenama anda.
2. Data, Data, Data : Pemasaran Berdasarkan Data Peribadi
Masa kini, data adalah raja. Dengan menggunakan data dari pelanggan, anda boleh buat pemasaran lebih peribadi dan tepat. Jangan buat pemasaran secara rambang, kalau anda tahu apa yang pelanggan suka, anda boleh ‘target’ mereka lebih tepat. Teknologi sepert AI dan analitik membolehkan anda memahami tingkah laku pengguna dan menawarkan produk yang relevan pada masa yang tepat.
Bayangkan, kalau pelanggan sering membeli produk yang berkaitan dengan kecantikan, anda boleh promosikan alat kecantikan lain pada mereka dengan cara yang lebih natural dan tak memaksa.
3. AI – Teman Setia Dalam Dunia Pemasaran
Artificial Intelligence (AI) bukanlah benda yang rumit atau futuristik lagi. Sekarang, banyak jenama menggunakan AI untuk mencipta pengalaman pelanggan yang lebih peribadi dan mesra pengguna. Contohnya, chatbot yang boleh jawab soalan pelanggan 24 jam ! AI juga boleh bantu anda buat rekomendasi produk berdasarkan sejarah pembelian pelanggan.
Jadi, kalau anda nak lebih mendekati pelanggan, mulakan dengan menggunakan AI untuk meningkatkan servis dan kepuasan mereka !
4. Pemasaran Melalui Pengalaman : Pelanggan Itu Raja !
Pernah tak pergi satu acara atau event dan terus rasa seronok sebab anda dapat mengalami sendiri produk atau servis yang ditawarkan? Itu lah yang dinamakan experiential marketing ! Kini, pelanggan tak hanya nak beli produk, mereka nak merasai pengalaman yang unik.
Cuba buat sesuatu yang interaktif seperti event pop-up atau permainan yang membolehkan pelanggan terlibat secara langsung dengan jenama anda. Bila pelanggan dah rasa pengalaman tersebut, mereka akan lebih loyal pada brand anda.
5. Lokasi Itu Penting ! Pemasaran Berdasarkan Lokasi
Kita semua tahu teknologi GPS dan aplikasi peta semakin canggih. Jadi, kenapa tak guna peluang ni untuk pasarkan produk anda? Location-based marketing membantu anda sasarkan pelanggan yang berada dekat dengan kedai atau pejabat anda. Contohnya, kalau pelanggan berada dalam kawasan tertentu, boleh tawarkan diskaun atau promosi khas melalui aplikasi.
Ini sangat berkesan terutamanya untuk perniagaan yang ada kedai fizikal. Dengan cara ni, pelanggan rasa lebih dekat dengan jenama anda.
6. Podcast : Medium Pemasaran Yang Tengah Meletup !
Podcast sedang berada dalam fasa populariti yang besar sekarang ! Ramai yang lebih suka dengar podcast daripada membaca artikel panjang-panjang. Jadi, kalau anda nak bagi nilai tambahan kepada pelanggan, cuba buat podcast sendiri. Bercakap tentang industri anda, cerita kisah kejayaan atau cabaran atau buat interview dengan orang penting dalam bidang anda.
Anda tak perlu nak buat podcast selama berjam-jam, cukup dengan episod pendek yang memberi manfaat kepada pendengar. Kalau ada promosi atau produk baru, tak salah untuk selitkan iklan produk anda dalam podcast !
7. Mikro-Influencer : Lebih Terhubung Dengan Audiens Yang Lebih Kecil
Influencer besar memang hebat, tapi mikro-influencer yang ada pengikut sedikit tapi sangat setia lagi berkesan. Kenapa ? Sebab mereka lebih percaya dan dipercayai oleh audiens mereka. Jadi, lebih mudah untuk mereka memperkenalkan produk anda dalam cara yang lebih jujur dan natural.
Cari mikro-influencer yang sesuai dengan niche perniagaan anda dan berkolaborasilah untuk promosikan produk secara lebih organik.
8. Suara Itu Penting : Pemasaran Carian Suara
Pernah tak cuba buat carian melalui suara, seperti “Hey Siri” atau “Ok Google”? Sekarang, orang semakin banyak guna carian suara dalam kehidupan seharian. Jadi, SEO pun perlu berubah ! Pastikan website anda mesra carian suara dengan menambah soalan atau frasa yang lebih natural.
Contoh, kalau pelanggan nak tahu produk kecantikan terbaik, mereka mungkin akan tanya, “Apa produk kecantikan yang bagus untuk kulit kering?” Jadi, optimumkan SEO untuk frasa panjang macam ni.
9. Augmented Reality : Cuba Sebelum Beli
Pernah guna aplikasi yang membolehkan anda ‘try’ pakaian atau aksesori secara maya? Itu adalah augmented reality (AR)! Sekarang, jenama-jenama besar menggunakan AR untuk memberi pengalaman kepada pelanggan supaya mereka boleh mencuba produk tanpa perlu keluar rumah.
Cuba masukkan AR dalam perniagaan anda contohnya kalau anda jual pakaian atau barang kemas, bagi pelanggan peluang untuk ‘try’ produk secara maya!
10. Pemasaran Berdasarkan Nilai : Pemasaran Yang Mempunyai Makna
Pelanggan kini semakin peduli dengan isu-isu sosial dan alam sekitar. Mereka ingin tahu, jenama yang mereka sokong itu ada nilai dan tanggungjawab. Jadi, pastikan jenama anda mempunyai misi sosial yang jelas. Mungkin anda boleh libatkan diri dalam kempen alam sekitar atau menyokong komuniti tempatan.
Ini bukan hanya membantu dunia, tapi juga menghubungkan pelanggan dengan jenama anda pada tahap yang lebih emosional.
Baca artikel ini juga : 8 Strategi Perniagaan yang Boleh Bantu Bisnes Anda Tumbuh !
Kesimpulan : Masa Depan Pemasaran Bermula Sekarang !
2024 adalah tahun yang penuh dengan peluang untuk mencuba teknik pemasaran yang lebih canggih dan berkesan. Kalau anda tak nak ketinggalan, mula eksperimen dengan teknik-teknik yang saya kongsikan ni. Jangan takut untuk berinovasi kerana dengan pendekatan yang betul, perniagaan anda boleh mencipta kesan besar dan terus berkembang !
Jangan lupa share pada kawan-kawan untuk mereka juga mempelajari teknik pemasaran ni !
Pingback: Nak Buat Duit Dengan Affiliate Marketing ? Ini Cara Paling 'Padu'! -
Pingback: Apa Saya Belajar dari Gagal dalam Bisnes Pertama